serabut la ko











{September 22, 2009}   Kenangan

Aku berada di kampung. Biasalah, Hari Raya. Aku pergi ke rumah sepupu. Dah biasa sangat tiap kali balik kampung aku akan ke sini. Dan banyak kali tidur di sini. Rancangan asal singgah sekejap dan balik ke rumah Atuk. Tapi macam biasalah, aku dan sepupu mesti nak berbual panjang dan gosip macam-macam.

Tadi sebelum dapat kebenaran tidur di sini aku dengar Mama dan Abah berbual dengan pakcik aku. Tentang adik aku. Dah lama, tapi semua orang rindukan dia. Dia selalu lepak di sini. Kami dan sepupu memang dah biasa lepak bersama dari dulu. Rumah ni macam rumah dia juga.

Aku lupakan sekejap kesedihan bila bergosip macam-macam dengan sepupu. Cerita macam-macam.

Aku tidur di rumah ni malam ni. Dapat guna komputer sekejap sambil aku cuba muat turun game dari Reflexive, nak test di Vista (sebab aku tak pakai Vista, cuma XP). Sambil tunggu fail tu siap aku baca jokes yang aku terima dalam e-mail.

School Bus

It was the first day of school, after summer vacations and time for me to pick up the children in my school bus and take them home again. After I had made the complete run that afternoon, one little boy remained on the bus.

Thinking he had simply missed his stop, I started driving slowly back through the neighborhood and asked him to be sure to let me know if any of the houses or people looked familiar. The boy sat in his seat contentedly and shook his head whenever I asked him if he recognized a person or place.

After the second unsuccessful tour of the area, I started back to the school to ask for his address. When we arrived, the child got off the bus and started walking away. “Wait!” I called. “We have to go inside and find out where you live.”

“I live right there,” he said, pointing to a house across the street. “I just always wanted to ride in a school bus.”

Aku baca joke ni tadi. Mula-mula aku tersenyum. Joke yang comel. Kemudian aku rasa sedih.

Dulu adik aku macam tu. Pergi ke tadika dekat dengan rumah. Bila ada masa aku yang kena ambil dia balik, naik basikal. Dan dia kadang-kadang meragam.

Dia duduk dekat dengan tadika. Kawan-kawan pula ramai naik bas. Kadang-kadang dia teringin naik bas. Sebab rumah dekat selalunya aku bawa naik basikal, atau dia jalan kaki balik, atau dijemput naik kereta. Tapi dia nak merasa naik bas. Petang-petang bas lalu depan rumah. Dia suka tunggu sebab nak tunggu peluang naik bas. Walaupun bukan bas sekolah. Dan memang kami pernah naik bas keliling taman perumahan berhampiran semata-mata nak buatkan dia puas hati. Asalkan dapat naik bas dia dah cukup gembira.

Entah kenapa banyak sangat kenangan aku dengan dia. Walaupun aku tak tengok dia membesar. Tapi kenangan dengan dia macam dah terlalu banyak. Dan banyak reminder kepada kenangan-kenangan tu.



{September 20, 2009}   Selamat Hari Raya

Tahun ni aku balik kampung lambat. Dan aku juga bangun lambat pagi tadi, mungkin sebab aku tidur lambat, tambah dengan ubat batuk yang aku makan sebelum tidur. Atau mungkin juga aku memang malas.

Seminggu lepas aku asyik fikir akan ke kubur pagi-pagi, dan balik rumah makan sikit dan balik kampung. Satu pun tak jadi. Kesian adik aku. Aku tak lawat dia. Tahun ni yang pertama aku tak beraya dengan dia. Kalau tak, dia jadi rakan komplot aku untuk macam-macam benda. Terutamanya kalau kami sama-sama malas beraya, terutamanya kalau beraya di rumah yang kami tak berapa kenal. Selalunya family’s friends. Duduk berdua dan layan je apa-apa.

Tahun ni aku solo. Tak ada partner in crime. Hari Raya yang bosan.

Sebenarnya Hari Raya yang sedih. Sebab sejak beberapa minggu lalu aku asyik teringatkan dia. Especially sebab aku lepak di ruang tamu sambil layan Internet. Jeling sikit dan aku nampak tempat dia baring kali terakhir dalam rumah ni. Teringat masa dia dibawa balik dan diletak atas tilam. Teringat kali terakhir aku dapat tengok dan pegang dia tapi aku lari masuk ke bilik dan menangis. Penyesalan yang dah terlambat sebab semuanya takkan boleh diulang balik.

Langit macam dah nak gelap. Memang selalu hujan kebelakangan ni. Tapi seolah-olah melayan perasaan aku yang kelam. Gloom.

Selamat Hari Raya.

Oh. Aku nak ambil kesempatan ni minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa apa-apa bila baca tulisan aku.



{September 20, 2009}   Minta Tolong yang Merapu

Aku tengah berusaha kumpul duit untuk bayar PTPTN dan mungkin beli laptop baru. Laptop murah RM 1500 pun aku tak mampu. Dan laptop lama yang aku guna dah semakin uzur uzur sangat.

Jadi aku dengan terpaksa buat tak malu minta tolong sesiapa yang rajin tolong klik http://is.gd/3tI0W setiap hari. Kalau rajin lah. Anggap je kamu dah bantu aku menyelesaikan salah satu masalah besar aku (biasalah orang yang belum dapat kerja, cuma dapat tempat internship).



{September 1, 2009}   Menyaksikan Kesongsangan Dunia…

one picture at a time.

Aku dah penat. Buka Friendster, cuba jenguk berita-berita daripada orang-orang yang aku kenal (dan tak kenal). Ya, agak ketinggalan sebab semua orang pakai Facebook sekarang.

Insan bernama Aan (bukan nama sebenar) yang dah lama bertukar jadi Paan pos buletin. Violet. Warna ungu. Simbol kesongsangan.

Tangan gatal buka buletin. Violet ada perjumpaan. Dan seperti dijangka tangan gatal buka profil penulis buletin. Dan gatal tengok gambar-gambar.

Sebenarnya setiap kali aku buka Friendster dan nampak gambar Aan Paan di buletin atau update aku mesti akan buka profil Aan Paan dan tengok gambar-gambar. Dan setiap kali aku buat macam tu it breaks my heart. Mungkin sebab aku kenal dia.

Baik sangat ke aku nak rasa sakit bila tengok dia macam tu? Tak, aku tak baik. Tapi sedih sebab dia junior aku masa sekolah dulu, dan dia give in to kehendak songsang macam tu.

Dan semenjak dua menjak ni, mana-mana aku pergi aku nampak budak-budak perempuan dengan gaya kesongsangan berjalan di khalayak ramai sambil tunjuk gaya songsang mereka. Di uptown dan KTM dan boleh kata mana-mana aku pergi aku nampak mereka. Budak-budak sekolah. Tapi tu andaian aku berdasarkan rupa fizikal mereka (memang gaya budak-budak sekolah). Dan setiap kali aku nampak aku akan rasa nak menjerit: Mak bapak tak kisah ke anak macam ni? Ye lah anak bawa perempuan masuk bilik, cakap nak study. Tolonglah kisah.

Dunia dah jadi terlalu bebas. Bawa kawan sama jantina balik masuk bilik mungkin lagi bahaya daripada bawa kawan lain jantina (tapi ni pun bahaya sebenarnya).

Dunia yang celaru.



{Jun 26, 2009}   Makin Mengarut

Aku tengok Keliwon tadi. Cerita malam ni pasal Puteri Lidah Hitam. Tiga orang cari harta karun dalam gua. Tok Bomoh beri mentera untuk tepis kuasa Puteri. Kali pertama datang almost disumpah jadi batu. Kali kedua seorang almost dapat harta karun dan dua lagi yang tak sabar dibawa ke alam Si Puteri. Yang selamat tu dapat harta dgn syarat kena temankan Puteri tiap-tiap Jumaat Keliwon. Dia lupa. Dan dibawa oleh Puteri ke gua, dengan niat menculik mengajar sebab dah mungkir janji. Dan Tok Bomoh datang tuntut balik anak-anak buah yang dilarikan oleh Puteri. Dan… ALLAHU AKBAR. Maka Puteri pun macam terbakar lalu hilang.

First sekali aku nak cakap cerita ni merepek. Dan semakin lama semakin merepek. Satu: Penulis tak kaji betul-betul cerita-cerita seram yang ditampilkan. Cerita macam hantu penanggal tapi bukan hantu penanggal. Cerita pontianak tapi bukan pontianak. Entahlah apa motif sebenar. Takut menyinggung perasaan hantu-hantu? Atau takut hantu-hantu claim royalti? Dua: ALLAHU AKBAR. Tok Bomoh oii… Tok bomoh kan amalkan jampi serapah dan mentera-mentera. Tok Bomoh ingat Tuhan lagi? ALLAHU AKBAR. Tok Bomoh janganlah main-mainkan kalimah tu masa terdesak je. Tiga: Banyak portray dalam cerita Keliwon tu orang alim, Pak Imam, Tok Bomoh, orang yang lawan hantu pakai kalimah-kalimah suci. Betullah cara tu guna untuk lawan makhluk halus. Tapi lemah betul hantu sampai sekali dua sebut dah terbakar/hilang/melolong sakit. Dan kenapa lepas berjampi serapah dengan kemenyan segala, tak nampak macam ikut cara Islam, tapi bila finale tu lawan mesti ALLAHU AKBAR dan sedikit ayat-ayat Quran dan/atau ayat Kursi (Tok Bomoh). Mana jampi serapah dan mentera yang Tok Bomoh amalkan sebelum ni?

Kenapa aku tengok Keliwon walaupun aku beri komen negatif? Satu: Bila aku tak perlu kerja Khamis malam Jumaat, atau hari-hari lain, aku tengok TV. Dan Keliwon ada lepas habis berita dan 999, maka aku tengok. Aku tak tahu nak tengok apa lagi. Dua: Aku suka cerita-cerita mistik. Dan aku juga dikenali sebagai Minah Gothic. Gothickah aku? Aku tak tahu. Tapi orang-orang rasa begitu. Dan orang-orang predict majlis kahwin aku warna temanya adalah hitam-putih-merah dan ada elemen-elemen gothic. Sampai ada yang berangan aku kahwin style klip video Helena nyanyian My Chemical Romance. Ya, aku suka style Lolita. Tu cerita lain. Berbalik ke Keliwon. Ya, aku suka cerita mistik. Cerita pelik-pelik. Mistik orang putih lagi aku suka. Terutamanya cerita-cerita vampire (maaf, aku rasa pontianak tu sesuai dengan cerita Melayu atau Cina saja, dan aku juga suka cerita pontianak cina). Aku juga akan tengok filem-filem hantu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain kalau diajak (bergantung kepada mood dan kelapangan). Tiga: Aku suka komen cerita-cerita. Cerita-cerita TV realiti memang aku tahu ramai yang suka komen. Tapi aku suka komen cerita-cerita Melayu. Drama-drama atau filem-filem. Dan orang yang ajak aku tengok cerita Melayu di panggung wayang akan fed-up dengan aku sebab aku banyak komen. Yang seronok komen bila cerita-cerita masuk bab ridiculous. Macam yang aku ceritakan pasal Keliwon ni.

Cukuplah aku tulis tiga perenggan saja kali ni. Dan tiga point kenapa aku rasa Keliwon mengarut serta tiga point kenapa aku tengok Keliwon walaupun aku cakap cerita tu mengarut. Perenggan ni tak dikira. Oh, ya. Merujuk kepada perenggan dua perkara satu. Tiada statement yang biasa dilihat dalam cerita-cerita yang bunyinya lebih kurang begini: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Atau aku yang tak perasan?



{Mei 14, 2009}   Saat Terakhir

Aku sedang dengar lagu ST12, Saat Terakhir. Lagu sedih yang aku mula-mula dengar tak lama lepas adik aku pergi. Lagu yang aku tak pernah dengar dari awal sampai akhir, cuma dengar sikit-sikit. Terima kasih kepada sepupu aku yang letak lagu ni dalam Myspace dia.

Aku muat turun lagu Saat Terakhir. Pasang lagu. Hati sebak walaupun lagu cuma lalu di telinga sambil aku menaip. Aku masih tak dengar lagu tu betul-betul. Macam tak sanggup. Beberapa baris ayat yang aku dapat tangkap dah buat aku rasa sedih.

Telefon berbunyi lagi. Sebelum Bos aku terpaksa layan lagu mengarut caller ringtone (korus PuSPa oleh ST12) sampai habis buat kali kedua, aku cepat-cepat jawab. Bos minta aku tukar sesuatu di laman web (atau bak kata orang-orang Gua.com.my laman sesawang – skema!) sebab klien banyak bunyi. Awal-awal tak nak cakap.

Air mata kering sekejap sambil aku cakap dengan Bos dalam nada setengah ceria (sebab cover sedih), dan lepas panggilan berakhir aku sambung menaip di komputer.

Lagu yang sama bermain berulang-ulang. Aku masih tak dengar betul-betul. Tak perlu. Sebab aku dah menangis. Tak deras. Tapi cukup untuk buat hati aku banjir dan aku lemas. Dada rasa berat dan sempit. Hampir tercungap-cungap untuk bernafas.

Lagu yang kesannya sama kuat macam lagu Situasi oleh Bunkface. Cuma lagu ni aku tak hafal untuk biarkan terus bermain dalam minda aku, sambil aku menangis tiap-tiap kali lagu tu tiba-tiba bermain entah dari mana. Lagu Situasi yang tetap berhantu dan menghantui aku. Lagu instrumen Situasi cukup untuk buat aku menangis. Mungkin sebab aku hafal lagu Situasi sebelum Abang pergi. Dan mungkin juga sebab aku suka kacau dia dengar lagu Situasi, aku mencelah menyanyi off-key. Satu kenangan.

Lagu Saat Terakhir tak ada kenangan macam tu. Tapi tetap lagu yang terkesan dalam hati aku dan buat aku teringat dia yang berbaring di ruang tamu rumah.

Lagu terus bermain. Air mata yang bertakung, tertahan sejak tadi dah menitis. Unbearable. Lalu aku hentikan lagu. Aku nak tengok TV.

Saat Terakhir. Tak tahu bila aku mampu dengar setiap patah kata dalam lagu tu. Yang pastinya aku akan tetap menangis walaupun tak dengar semua.



{April 17, 2009}   Aku Tak Faham

Aku rasa malas untuk buat kerja di pejabat. Lagipun dah masa makan tengahari. Dan hari Jumaat rehatnya panjang. Maka aku rajinkan diri menulis. Tulisan yang agak terlambat. Tapi aku tetap akan tulis.

Aku tak berminat ambil tahu hal ehwal politik. Umur dah makin bertambah, tapi aku lebih suka layan kartun. Macam budak-budak orang kata, tapi aku tak peduli. Politik di mana-mana selalunya dipenuhi orang-orang yang nak berkuasa tapi buat kerja semua tak nak. Yang betul-betul ikhlas, baguslah. Tapi macam susah sangat nak jumpa.

Tak kisahlah tu. Suka hatilah nak buat kerja macam mana. Jadi pemimpin kena tanggung dosa orang bawahan. Lagi berdosa kalau tak buat tanggungjawab yang orang bawahan amanatkan. Pandai-pandailah jawab sendiri nanti.

Satu yang aku tak berkenan. Kenapakan Encik Presiden yang dipilih itu (tak perlu sebut nama dan pangkat sebenar sebab ni bukan blog politik) seorang yang terlibat dengan macam-macam skandal peribadi dan skandal tahap tinggi dikaitkan dengan pembunuhan.

Bukan apa. Dari zaman sekolah aku pernah dengar skandal hubungan peribadi dengan artis. Dan aku tak ambil peduli walaupun artis tu aku minat. Besar sikit aku dengar pasal skandal melibatkan jumlah duit yang besar. Dan skandal kononnya terlibat dengan kes pembunuhan seorang warga asing, juga ada skandal peribadi. Cerita sebenar aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Sendiri buat pandai-pandailah jawab nanti.

Tapi mestikah pilih orang yang nama dikaitkan dengan skandal-skandal besar dipilih jadi Encik Presiden yang semestinya tugasnya memimpin dan mentadbir dengan adil, saksama, tulus dan macam-macam lagi. Skandal hubungan peribadi tu cerita dalam bilik, dalam kelambu, simpan sendiri. Masing-masing punya cerita. Skandal salah guna duit? Skandal pembunuhan? Benar atau tak, skandal tu tetap beri imej tak baik untuk seorang pemimpin.

Juga First Lady yang hebat juga cerita-cerita yang aku dengar. Terutamanya hal berkaitan duit. Macam cerita Along yang dipetik daripada kata-kata kawannya berkenaan First Lady yang berbelanja sakan membeli sesuatu, senang-senang keluar 20 ribu baru baru ni di kala ekonomi dunia tak berapa elok (Perlukah sebut matawang apa dia guna? Aku harap boleh cakap Rupiah atau Rupee atau Baht atau Yen, malangnya bukan), “Duit rakyat, memanglah tak rasa apa.”

Aku menulis bukan sebab nak sibukkan diri dengan politik. Aku tak minat. Tapi bila Encik Presiden dan First Lady yang dipilih adalah dari kalangan orang-orang dengan isu hangat, aku fikir, mestikah begitu? Terutamanya bila suara-suara penyokong cakap memang Encik Presiden itulah yang paling layak, orang lain semua tak layak. Apakah dunia dah sangat dekat dengan Kiamat. Dan perasaan aku juga dikuatkan lagi dengan orang-orang di sekeliling aku dan di sekeliling mereka yang turut tak percaya dan tak suka amanat besar diserahkan kepada orang besar yang ada skandal isu besar juga.

Aku rasa kalau disuruh pilih beberapa orang untuk jadi pemimpin tanpa perlu tunjukkan siapakah orangnya, kita ambil sampul surat dan letakkan gambar sillhouette macam dalam profil networking sites sebelum anda upload gambar untuk profil, cuma tuliskan apa pencapaian dan apa skandal-skandal berkaitan (untuk jadi adil mesti tunjuk pro dan con) dan minta orang pilih. Nota tambahan: Jangan guna sillhouette calon-calon tu sendiri sebab orang mungkin akan kenal dan pilih orang yang mereka kenal tu. Kemungkinan teramat besar orang takkan pilih Encik Presiden itu. Tak tahulah kalau boleh menang juga tapi kalau diberikan blind test macam tu orang mungkin akan buat pilihan yang lebih jujur sebab tak ada kepentingan (sebenarnya sebab tak tahu). Dan tak pelik kalau undian macam tu dimenangi oleh orang yang paling tak disangka-sangka. Bila tak ada puak-puak (dan puaka-puaka) dan semua orang dilayan sama rata, macam-macam boleh berlaku. Sebab hari-hari kita menilai orang tak kira secara sedar atau tak, dan selalunya kita suka kalau kita boleh dapat manfaat (benefit) secara langsung atau tak. Bila semuanya ditarik balik dan semua perlu mula daripada kosong, kita tak ada pilihan melainkan memilih yang nampak berpotensi untuk beri kita manfaat. Dan aku tak rasa skandal isu besar Encik Presiden beri good impression kalau orang tak tahu siapakah dia, apakah pangkat dan bidang kuasa dia dan berapa banyak duit dia ada (atau adakah itu duit rakyat sebenarnya?)

Menulis untuk kepuasan hati sendiri, perlukah ambil kisah apa orang nak kata? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tak perlu jadi haluan kiri untuk lihat benda macam ni. Jangan tuduh aku orang haluan kiri. Aku masih di jalan neutral. Aku masih tak ambil peduli hal politik. Tapi sebab ini dah melebihi rangkuman isu politik (kalau aku sangat tak ambil tahu aku akan gagal subjek sejarah sebab banyak hal politik dalam tu) maka aku menulis.

Dan oleh sebab ini bukan blog politik, sukacitanya dimaklumkan harap jangan ada sesiapa nak berdebat atau panjangkan hal ni sebab aku cuma menulis sesuka hati aku. Nak komen, silakan tapi berdebat, aku tak nak masuk campur.



{April 17, 2009}   Mimpi, Mimpi

Malam tadi aku bermimpi lagi. Kali ni tak seram macam sebelum ni. Cuma satu mimpi sedih.

Aku berada di rumah. Tapi bukan rumah yang aku duduki sekarang. Lain betul rumah tu. Besar. Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah.

Aku, Along dan Abang (adikku yang dah tiada). Kami di rumah. Aku tak tahu macam mana Abang boleh ada di rumah. Rasa macam mimpi yang real. Memang pun mimpi. Cuma mimpi tu buat aku rasa kehilangan dia sejak empat bulan lepas tu cuma mimpi. Dia balik ke rumah macam biasa. Borak-borak.

Kami tengok barang-barang di sekeliling rumah. Dia conteng macam-macam. Tulis dan lukis macam-macam. Dengan pen. Dengan pensel. Kami ketawa sama-sama sebab ada benda mengarut dan lucu. Dia juga ada tulis sesuatu dengan jari di kipas yang berhabuk.

Aku lupa apa yang terjadi lepas tu. Mungkin juga aku terbangun sekejap sebelum tidur semula. Tapi aku juga tak ingat hal itu.

Abah balik. Mungkin aku cakap yang bukan-bukan depan Abah. Yang aku tahu dia cakap adik aku dah lama tiada. Aku macam orang tak betul. Beriya-iya cakap adik aku ada lagi. Dalam hati rasa macam sedih. Aku tengok dia memang dah tak ada.

Rasa macam aku cuma bermimpi. Aku tengok barang-barang yang dia pegang. Tulisan yang dia buat semuanya masih ada. Habuk di kipas pun ada tulisan dia. Buat aku keliru. Cuma mimpi? Atau dia memang datang dan lepas tu hilang?

Tapi yang pastinya semua tu memang mimpi. Sekurang-kurangnya mimpi tu tak menakutkan.

Aku tak tahu kenapa aku mimpi macam tu. Mungkin terbawa-bawa dari cerita di TV. Aku tengok Keliwon, cerita Elly Mazlein jadi pontianak dan Zed Zaidi yang tak dapat terima Elly sudah mati. Nota off-topic: Walaupun aku tahu cerita Keliwon tu mengarut, cara hantu-hantu tu bekerja mengarut, dan cara orang-orang berilmu lawan hantu-hantu juga mengarut, aku tetap tengok cerita tu sekadar suka-suka. Orang berilmu tak lawan hantu terus dengan Ayatul Kursi sebab ayat tu panas dan orang guna sebagai last resort sebab ayat tu boleh ‘makan’ orang yang baca tu balik. Begitulah kata-kata kawan aku yang ada menuntut. Dan memang dia pernah demam sebab guna ayat tu masa keadaan agak mendesak.

Atau mungkin juga aku memang beremosi sejak kebelakangan ni. Dari semalam aku rasa aku asyik teringatkan lagu Situasi nyanyian Bunkface. Lagu yang aku suka, dan lagu sedih untuk satu episod sedih dalam hidup aku. Kisah lagu tu mungkin aku akan tulis nanti.

Juga lebih kurang sepuluh hari lagi hari jadi dia. Lepas tu hari jadi aku. Buat pertama kali aku rasa aku kehilangan yang teramat sangat. Walaupun sebelum ni aku tak ambil kisah.

Dan walaupun di pejabat ni cuma ada bunyi pendingin hawa dan bunyi aku menaip di papan kekunci (dan sekali sekala ada bunyi mesej di G-talk), aku tetap dapat dengar lagu Situasi bermain di telingaku.



{April 16, 2009}   Terima Kasih, Minta Maaf

Aku terima satu komen. Dia tanya “bile nak update blog nih?”

Aku terharu. Aku tulis blog sekadar suka-suka dan untuk lepas geram. Terima kasih sebab prihatin.

Aku minta maaf. Aku agak sibuk sepanjang semester ni. Jadi mangsa buli di pejabat yang ada tiga bos dan satu kuli (akulah orang malang tu).

Tapi aku tipu kalau aku cakap aku tak menulis sejak kebelangan ni sebab jadi mangsa buli. Aku tahu aku tak menulis lama sebelum masuk alam latihan industri ni. Masa tu aku sibuk dengan projek akhir tahun. Selepas tu aku pura-pura sibuk mengganti masa lepak yang hilang. Pura-pura.

Sebab utama aku tak menulis. Hmm… Aku rasa sebab aku tak ada kebebasan untuk tulis apa yang aku suka. Kongkongan sebab nak jaga hati dan perasaan orang. Aku tulis dengan nama anonymous. Orang yang baca blog aku tak kenal aku. Orang yang kenal aku tak baca blog aku. Tapi tetap ada yang rasa aku hebahkan cerita kepada orang-orang yang aku kenal. Tak kisahlah.

Pertengahan Disember aku mula latihan. Memang agak sibuk. Azam nak tulis semua aktiviti harian dalam blog. Tak kesampaian. Banyak rupanya kena belajar. Pening.

Dan sebab utama aku tak menulis ialah selepas kehilangan adik aku, aku tak mampu nak luahkan apa-apa kepada sesiapa. Mungkin cuma seorang yang betul-betul jadi tempat luahan. Dengar aku menangis. Sebenarnya aku ada tulis kisah kehilangan tu tapi cuma jadi draf. Juga ada mimpi yang menyusul lepas tu. Juga jadi draf.

Aku minta maaf. Seolah-olah aku tak ada perasaan untuk menulis sejak kebelakangan ni. Tapi komen yang aku terima tu buat aku rasa better. Ada orang yang ambil peduli. Terima kasih.



{November 24, 2008}   Biar Betul

Seorang teman bilik yang agak menjengkelkan. Orang yang sama dalam entri ini. Menjengkelkan sebab banyak sangat yang dia tak tahu sedangkan umur lebih tua sikit daripada aku.

Aku tak kisah dia tak tahu hal ehwal dunia sebab aku pun tak ambil tahu. Aku andaikan dia juga tak ambil tahu sebab dia lebih banyak ketawa tengok cerita-cerita Korea di komputer. Atau apa-apa cerita yang aku tak ambil kisah. Selalu gelak dan buat aku seram sebab gelak macam tak iklas. Tambah-tambah kalau gelak tengah-tengah malam. Juga malam-malam ketika orang tidur dia bercakap-cakap. Aku yang tak tidur selalu bersangka baik dan anggap dia bercakap dalam telefon walaupun aku tak dengar telefon berbunyi. Bercakap-cakap sikit (aku tak pasti dia tidur atau tak) lebih seram daripada pergi ke tandas jam 3 pagi masa semua orang dah balik bercuti dan banyak bilik-bilik dan blok-blok gelap.

Aku tak kisah dia tak ambil tahu hal ehwal politik negara sebab aku pun tak ambil kisah. Aku tak kisah dia tak baca akhbar hari-hari sebab aku pun tak baca (akhbar kertas atau elektronik). Aku tak kisah dia tak tahu kes-kes rompak atau rogol atau orang mati dimakan harimau yang terbaru sebab aku pun tak ambil kisah. Aku tak kisah dia tak tahu siapa nama artis-artis dengan berita-berita sensasi yang terbaru sebab aku tak kisah. Tapi selalunya dia tahu hal ehwal artis. Aku tak kisah dia tak tahu teknologi mudah dalam bahasa mudah seolah-olah dia baru nak kenal apa itu bit dan byte (walaupun bit dan byte tu dah masuk tahap tinggi sikit dan bukan pengetahuan am untuk orang umum, tapi sebab dia pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dia patut tahu).

Yang geram tu dia tak tahu mata boleh rosak kalau mengadap komputer berjam-jam lamanya tanpa rehat. Dia cuma “Eyh?” bila adik dia yang datang untuk temankan dia (rujuk kisah ini) tegur aku yang dia tengok asyik mengadap komputer berjam-jam lamanya tanpa rehat. Annoying betul. Dan adik dia tak ambil jurusan komputer, kesihatan atau elektrik dan elektronik atau apa-apa jurusan kejuruteraan. Cuma ambil jurusan pemasaran.

Juga hal-hal sebelum ni. Dia tak tahu tesis perlu dijilid untuk dihantar ke fakulti. Niat hati cuma nak tanya dia dah hantar tesis untuk dijilid atau belum. Jawapan sakit hati yang aku dapat: Kalau tak jilid ada masalah ke? Kalau aku watak dalam komik, mesti tiba-tiba kilat menyabung dan sambar aku, sambil aku buat muka tertekan, pegang kepala tahan sakit sebab tak dapat terima hakikat fakta tu tak diketahui langsung oleh seseorang yang lebih senior daripada aku. “Ada masalah ke?” Cara dia cakap memang buat aku sakit hati dan tambah dosa sebab mengumpat. TERTEKAN!!!

Beberapa hari sebelum soalan menjilid tesis. Dia habiskan masa berminggu-minggu cuma tengok cerita Korea di komputer sampai lewat malam membawa ke pagi buta dan siang hari serta hampir tengahari. Ketawa sesuka hati. Lepas tu dia tidur. Aku assume dia dah siapkan tesis. Atau mungkin sikit saja lagi kerja yang kena buat, lepak-lepak dulu. Teman sebilik yang lagi satu berhari-hari mengadap tesis, betulkan itu dan ini. Tak kisahlah kak, bukan hal aku. Aku sendiri sibuk dengan projek dan tesis aku. Tiba-tiba hari semua budak-budak fakulti dia hantar tesis untuk dijilid (wakil syarikat jilid tesis datang kutip tesis dan duit untuk fakulti mereka) dia tergopoh-gapah nak buat pembetulan, final draft, minta kebenaran jilid dan macam-macam. Terkocoh-kocoh siapkan sebab tak buat apa-apa langsung. Apa ni kak? Gelak bukan main macam tak ada kerja langsung. Lepas tu panik minta tolong sana-sini. Tak fahamlah. Macam dia tak ambil kisah langsung tarikh-tarikh penting untuk betulkan tesis, jilid tesis dan hantar tesis. Dan soalan bodoh dia: Ada masalah ke kalau tak jilid?

Dia juga tak cari tempat buat latihan praktikal. Mengharapkan kawan yang cari dan harap dapat tempat sama-sama. Dapat tempat tapi tak sama. Dah panik sebab tak ada kawan. Dan syarikat yang nak ambil tu belum hantar jawapan rasmi (bertulis) untuk ambil mereka. Dia terpaksa tunggu. Kata-kata yang annoying aku dengar daripada dia masa dia mengadu di telefon: Company tu belum faks jawapan. Terpaksa tunggu. Menyusahkan betul. HELLO KAK. Orang tu ada banyak kerja. Kenapa awal-awal tak cari sendiri? Orang tu nak uruskan macam-macam. Hal syarikat, hal orang-orang syarikat, hal pelajar-pelajar minta buat praktikal. Macam-macam hal. Bersyukur sajalah orang tu nak ambil last minute macam ni. Sendiri tak nak settle awal-awal, lagi nak bising-bising.

Juga dia tak tahu buka lampu fluorescent yang bercahaya terang-benderang tu di siang hari menyumbang kepada kepanasan bilik. Bising cakap bilik panas tapi buka lampu sampai jam 12 tengahari. Bukan hujan pun yang buat bilik jadi gelap. Separuh tingkap tertutup dengan langsir, tapi dalam bilik buka lampu. Tak jadi masalah pun kalau selak langsir dan biar cahaya matahari masuk dan tutup lampu kecuali kalau bilik betul-betul gelap sebab hari nak hujan atau nak malam. Tapi matahari terik terang-benderang, masih nak berlampu. Lepas tu bising bilik rasa panas.

Kisah lain: Tak tahu naik bas ekspres. Apa kes ni kak? Bas ekspres sehala pun tak tahu. Bukan kena lompat-lompat bas. Naik, tidur (optional) dan turun. Pun asyik tertinggal atau tersalah bas. Lama-lama dia give up dan minta keluarga ambil. Beli tiket pun tak naik bas. Belum lagi naik bas ke tempat yang dia tak tahu, atau naik bas lompat, atau naik bas di KL yang ada macam-macam nombor untuk macam-macam destinasi dan route (aku pun tak reti). Tapi BAS EKSPRES kak. Naik dan turun saja. Tak ada destinasi lain.

Juga dia tak tahu Tangkak/Segamat di mana (aku lupa dia tanya yang mana satu). Aku tak kisah kalau orang Utara atau Pantai Timur atau Sabah/Sarawak tak tahu. Tak pelik pun. Tapi orang Negeri Sembilan yang berjiran dengan Melaka (yang berjiran dengan Tangkak) boleh tanya dekat tak Tangkak dan JB. Kak, peta ada banyak. Kat web pun boleh tengok dah alang-alang selalu mengadap komputer dan boleh buka Friendster hari-hari. Dulu kawan aku dapat masuk asrama di Serting, semua orang tak tahu Serting di mana, pakat ramai-ramai buka atlas dan cari satu persatu tempat bernama Serting (ya, akhirnya kami tahu Serting tu di Negeri Sembilan).

Tu belum lagi yang dapat praktikal di kawasan Melawati/Wangsa Maju dan bila aku tanya ada kawan di KL tak dan di mana, dan aku dapat jawapan: Ada, Damansara. Atau: Petaling Jaya. Shah Alam. Ah. Susah betul nak beritahu sampai faham kawasan tu jauh dari Setapak. Lanjutan: Tapi Selangor juga kan? Ah. Tertekan aku nak cakap, KL dan Selangor macam tak ada beza. KL di tengah-tengah, dikelilingi Selangor. Dan Selangor yang mereka cari tu dan Selangor yang kawan mereka duduk tu jauh. Lebih jauh daripada KL yang bukan Selangor tu. KL di tengah-tengah. Cubalah faham (tolonglah cari peta untuk fahamkan apa yang aku cakap). Aku tak kisah kamu orang kampung atau orang bandar. Tapi dah reti guna Internet, usaha lebih sikit untuk fahamkan hakikat KL di tengah-tengah, dikelilingi Selangor, tak boleh ke? Aku pun tak tahu jalan, aku rujuk peta-peta yang aku jumpa di Internet. Tapi aku tahu hakikat ‘ni satu hujung, yang tu hujung yang lagi satu’ (menandakan jauh) walaupun tempat tu duduk dalam negeri yang sama. Boleh sesiapa nafikan Singapura dan JB dekat walaupun lain negara (dan semestinya lain negeri), lebih dekat daripada JB dan KL (walaupun negara yang sama) dan JB dan Muar (walaupun negara dan negeri yang sama).

Ah. Banyak lagi yang dia tak tahu yang semuanya boleh ikut logik akal atau pengetahuan umum atau apa-apalah yang bawa maksud macam tu. Yang orang tak payah susah-susah buka kamus atau ensiklopedia tebal, tak payah belek-belek akhbar hari-hari. Macam tak percaya dia ambil jurusan kejuruteraan. Ijazah sarjana muda, OK?

Juga macam tak percaya kebergantungan (dependency) dia kepada orang lain. Senior yang extend pengajian tapi macam masih tak tahu selok-belok kolej sendiri.

Aku pun tak tahu semua, tapi tak sampai tahap kritikal macam dia. Aku pun baru belajar untuk survive sendiri lepas semua kawan-kawan dah tak ada di sini. Nak harapkan siapa? Buat sendiri sajalah. Temankan makan di kafe? Tak payahlah. Bukan tahun pertama duduk di sini nak harapkan berteman. Dan bukan duduk di luar kawasan kolej, takut dirompak atau apa-apa kalau berjalan ke kafe tak ada kawan. Dan aku dapat tempat untuk buat praktikal di kawasan rumah aku, tapi aku tak ada kawan. Pergi seorang. Abah dan Mama offer untuk hantar dan ambil kalau ada masa. Abah boleh hantar pagi-pagi. Balik sendiri naik bas. Atau adik aku ambil dengan motor. Aku asyik fikir untuk naik basikal saja. He he…

Tak kisahlah pasal aku. Aku cuma tak faham macam mana dia boleh hidup 24 tahun ni semuanya bergantung kepada orang. Nak kata anak tunggal yang manja, atau anak bongsu, dua-dua pun bukan. Dengar cerita adik-beradik ramai. Dan salah seorang tengah menumpang di bilik aku sebab dia suruh temankan, takut kalau-kalau aku balik awal dan dia kena tinggal seorang diri. Aku pernah cakap bilik depan ada orang. Dia jawab “tapi tak ada dalam bilik ni.”

Aku tak fahamlah. Sampai bila nak macam ni? Aku pun bergantung kepada orang lain, tapi mula-mula start dengan zero juga masa dicampak ke asrama, tak ada kawan. Buat kawan masa mula-mula datang. Berkawan dengan orang yang aku rasa selesa tak kira sama kelas atau tak. Dan selalu juga bersedia kalau-kalau kena start balik dari zero (terpisah daripada kawan-kawan atau sengaja memisahkan diri). Belum lagi mati atau sakit tenat sebab tak ada kawan yang sehidup semati atau berstatus kembar Siam (bukan sedarah dan tak melekat).

Dah mula melalut. Tak kisahlah. Isi utama aku: Biar betul dia ni lebih tua daripada aku. Kenapa banyak sangat yang dia tak tahu dan perlu bergantung kepada orang lain? Aku juga tak tahu macam-macam. Masih dalam proses mendewasakan diri. Belajar sikit-sikit. Dia? Aku tak nampak pun tanda-tanda tu.

Semoga kau belajar untuk berdikari lepas buat praktikal ni. Tak mati kalau tak tahu hal ehwal dunia dan politik semasa (aku pun tak minat nak ambil tahu) tapi pengetahuan am (yang umum macam tengok skrin komputer lama-lama tanpa rehat boleh rosakkan mata, atau yang agak tertutup macam hal tesis yang mesti dijilid sebelum dihantar ke fakulti) tolonglah ambil tahu ya kak? Aku tak minat ambil tahu perintang jenis apa guna untuk litar sekian-sekian sebab bukan bidang aku. Juga kau tak payah ambil tahu syntax untuk PHP, Java atau apa-apa yang aku belajar sebab bukan bidang kau. Tapi mata rosak, walaupun kita sama-sama tak ambil jurusan perubatan, takkan tu pun kau tak ambil tahu! Tak payah hafal pun proses perabunan mata atau pembentukan katarak untuk jaga mata.

Kawan aku pun tak berkenan dengan teman sebilik aku semester ni. Ha ha… Belum lagi tumpang duduk bilik aku satu sem macam selalu. Aku pun tak berkenan duduk di bilik sendiri. Rasa macam orang asing (tak pernah jadi macam ni sebelum ni).

Apa-apa pun kak, selamat survive hidup di muka bumi ni. Siapkan diri sebelum dapat kerja di KL atau JB sebelum diuji dengan macam-macam. Bergantung kepada orang tu tak salah, tapi kena belajar juga. Mungkin kahwin dan duduk rumah jaga anak tu option yang lebih mudah. Selamat maju jaya.



et cetera