serabut la ko











{September 30, 2007}   Prosa

Lucu.

Aku menulis ayat-ayat pendek dalam beberapa baris dan ada orang menggelarkannya puisi.

Aku tak tahu berpuisi. Aku cuma menulis tentang perasaan.

Advertisements


{September 29, 2007}   Monolog

Bercakap sendirian lebih baik daripada bercakap dengan orang yang tak mahu mendengar. Atau tak mahu memahami.

Sejak kebelakangan ini aku banyak bermonolog. Memikirkan ayat-ayat kompleks dalam mindaku yang seperti tidak mahu berfikir apa-apa yang lebih kompleks. Aku ada banyak kerja lain. Tapi minda malas ini seperti tidak mahu menurut arahan.

Ramai orang seperti tidak memahami perilaku aku yang merenung kosong sesuatu. Aku lebih senang merenung skrin komputer. Sekurang-kurangnya dalam minda mereka itu aku sedang melakukan sesuatu.

Kadang-kadang aku bermonolog sendirian dan tanpa sedar ayat-ayat yang bermain dalam mindaku terkeluar dari kurungannya. Tergelincir jatuh ke bawah. Keluar ke mulut yang tak sepatutnya berkata-kata. Dan mereka itu akan mendengar apa yang aku katakan. Dan membalas dengan “Huh?” tanda kebingungan.

“Abaikan.”

Ironinya mereka itu takkan mendengar ketika aku ingin mereka mendengar.



et cetera