serabut la ko











{November 22, 2007}   Hipokrit

Sekejap tadi ada seorang senior datang ke bilik, pinjam CD pemasangan perisian Microsoft Office. Mungkin komputer baru diformat. Selalunya begitulah.

Dia datang, senyum dan tanya aku baik-baik masa aku sedang main permainan di komputer. Nasib baik tak memerlukan aku tumpukan perhatian penuh, dan masa tak dikira. Kalau tak, memang aku nak marah.

Aku cari CD yang dia minta. Aku beri. Dia cakap nak pinjam. Aku beri izin. Tapi aku tetap tak suka dia. Aku hipokrit, senyum separuh saja. Terpaksa.

Aku tak pernah suka dia. Dia sekarang budak Fakulti Elektrik. Aku budak Fakulti Komputer. Dulu dia budak Fakulti Komputer, kursus Rangkaian. Aku pula kursus Perisian.

Aku benci dia sebab dia pernah buli aku dan kawan-kawan aku masa Orientasi dulu. Bukan buli fizikal macam kena basuh baju dia atau kena apa-apa. Pemulauan sosial. Dia tak pernah terima pandangan budak-budak perempuan. Cuma utamakan budak-budak lelaki. Sedangkan budak-budak lelaki itu minta kami, budak-budak perempuan yang tolong.

Tak munasabah. Dia benci aku sebab aku tak pakai tudung, maka aku boleh masuk kategori minah gedik yang perangai macam sundal atau jalang atau apa-apa sajalah yang dia rasa. Aku tak tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya aku tak suka dia macam mana dia tak suka aku.

Bila dia habis kursus Diploma dan ambil kursus Ijazah Sarjana Muda dan masuk Fakulti Elektrik, aku masih simpan lagi rasa tak suka tu. Aku tak pasti dia ingat atau tak apa yang dia pernah buat dulu. Sekarang asyik perlu minta apa-apa dari bilik aku, dan banyak kali perlukan apa-apa daripada aku.

Agak-agak dia ingat tak? Sebab dia asyik senyum bila minta tolong. Aku rasa dia ingat lagi. Sebab terpaksa tahan malu dan fikir sama ada aku dan Fera masih bengang dengan kelakuannya dulu dan sekarang terpaksa minta tolong dengan rasa rendah diri. Dan mujurlah kami selalu hulur apa yang dia minta.

Aku memang hipokrit. Demi jaga hati semua orang. Aku membesar belajar cara puaskan hati orang dengan hipokrit. Hipokrit boleh bawa kita jauh. Tikam belakang atau tak, itu lain cerita. Depan orang, muka mesti manis. Ada kepentingan untuk dijaga. Mungkin kita tak ada dendam atau dengki, jadi tak perlu tikam belakang. Tapi kita ada kepentingan untuk dijaga. Bila susah, atau bila kita perlu bersaing, kita gunakan apa yang kita semai, hipokrit itu, untuk dapat apa yang kita nak.

Aku hipokrit di depan senior itu? Mungkin. Sebab aku tak nak panjangkan bergaduh atau apa-apa. Dia hipokrit? Mungkin juga. Kalau dia ingat apa yang dia buat dulu dan sekarang dia malu. Dan aku tak tikam belakang. Tak ada manfaat.

Aku takkan tikam. Aku akan cucuk jarum halus yang buat dia rasa tak senang sebab buat macam tu dulu. Biar dia rasa bersalah sendiri. Aku hipokrit.



sent says:

aku rasa kau tak elok hipokrit. sebab selalunya hipokrit ni nanti memakan diri. kalau kau rasa tak puas hati baik kau luah terus saja. dari kau luah di page virtual ni, lama kelamaan kau akan jadi macam psiko.



celaru says:

haha. tak payah susah2. org wat xbaik kat aku, if die dtg mintak tolong, tolong je la kalau xsusahkn diri sendiri. no big deal. biar dia segan sendiri. sort of karma kot. but in a slightly different way. guilt haunts. hehe…

aku wat camtu gak kat org lain. wat ntahpape pastu later2 mintak tolong. tp ade harga la nak kena bayar



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: