serabut la ko











{November 24, 2008}   Biar Betul

Seorang teman bilik yang agak menjengkelkan. Orang yang sama dalam entri ini. Menjengkelkan sebab banyak sangat yang dia tak tahu sedangkan umur lebih tua sikit daripada aku.

Aku tak kisah dia tak tahu hal ehwal dunia sebab aku pun tak ambil tahu. Aku andaikan dia juga tak ambil tahu sebab dia lebih banyak ketawa tengok cerita-cerita Korea di komputer. Atau apa-apa cerita yang aku tak ambil kisah. Selalu gelak dan buat aku seram sebab gelak macam tak iklas. Tambah-tambah kalau gelak tengah-tengah malam. Juga malam-malam ketika orang tidur dia bercakap-cakap. Aku yang tak tidur selalu bersangka baik dan anggap dia bercakap dalam telefon walaupun aku tak dengar telefon berbunyi. Bercakap-cakap sikit (aku tak pasti dia tidur atau tak) lebih seram daripada pergi ke tandas jam 3 pagi masa semua orang dah balik bercuti dan banyak bilik-bilik dan blok-blok gelap.

Aku tak kisah dia tak ambil tahu hal ehwal politik negara sebab aku pun tak ambil kisah. Aku tak kisah dia tak baca akhbar hari-hari sebab aku pun tak baca (akhbar kertas atau elektronik). Aku tak kisah dia tak tahu kes-kes rompak atau rogol atau orang mati dimakan harimau yang terbaru sebab aku pun tak ambil kisah. Aku tak kisah dia tak tahu siapa nama artis-artis dengan berita-berita sensasi yang terbaru sebab aku tak kisah. Tapi selalunya dia tahu hal ehwal artis. Aku tak kisah dia tak tahu teknologi mudah dalam bahasa mudah seolah-olah dia baru nak kenal apa itu bit dan byte (walaupun bit dan byte tu dah masuk tahap tinggi sikit dan bukan pengetahuan am untuk orang umum, tapi sebab dia pelajar jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dia patut tahu).

Yang geram tu dia tak tahu mata boleh rosak kalau mengadap komputer berjam-jam lamanya tanpa rehat. Dia cuma “Eyh?” bila adik dia yang datang untuk temankan dia (rujuk kisah ini) tegur aku yang dia tengok asyik mengadap komputer berjam-jam lamanya tanpa rehat. Annoying betul. Dan adik dia tak ambil jurusan komputer, kesihatan atau elektrik dan elektronik atau apa-apa jurusan kejuruteraan. Cuma ambil jurusan pemasaran.

Juga hal-hal sebelum ni. Dia tak tahu tesis perlu dijilid untuk dihantar ke fakulti. Niat hati cuma nak tanya dia dah hantar tesis untuk dijilid atau belum. Jawapan sakit hati yang aku dapat: Kalau tak jilid ada masalah ke? Kalau aku watak dalam komik, mesti tiba-tiba kilat menyabung dan sambar aku, sambil aku buat muka tertekan, pegang kepala tahan sakit sebab tak dapat terima hakikat fakta tu tak diketahui langsung oleh seseorang yang lebih senior daripada aku. “Ada masalah ke?” Cara dia cakap memang buat aku sakit hati dan tambah dosa sebab mengumpat. TERTEKAN!!!

Beberapa hari sebelum soalan menjilid tesis. Dia habiskan masa berminggu-minggu cuma tengok cerita Korea di komputer sampai lewat malam membawa ke pagi buta dan siang hari serta hampir tengahari. Ketawa sesuka hati. Lepas tu dia tidur. Aku assume dia dah siapkan tesis. Atau mungkin sikit saja lagi kerja yang kena buat, lepak-lepak dulu. Teman sebilik yang lagi satu berhari-hari mengadap tesis, betulkan itu dan ini. Tak kisahlah kak, bukan hal aku. Aku sendiri sibuk dengan projek dan tesis aku. Tiba-tiba hari semua budak-budak fakulti dia hantar tesis untuk dijilid (wakil syarikat jilid tesis datang kutip tesis dan duit untuk fakulti mereka) dia tergopoh-gapah nak buat pembetulan, final draft, minta kebenaran jilid dan macam-macam. Terkocoh-kocoh siapkan sebab tak buat apa-apa langsung. Apa ni kak? Gelak bukan main macam tak ada kerja langsung. Lepas tu panik minta tolong sana-sini. Tak fahamlah. Macam dia tak ambil kisah langsung tarikh-tarikh penting untuk betulkan tesis, jilid tesis dan hantar tesis. Dan soalan bodoh dia: Ada masalah ke kalau tak jilid?

Dia juga tak cari tempat buat latihan praktikal. Mengharapkan kawan yang cari dan harap dapat tempat sama-sama. Dapat tempat tapi tak sama. Dah panik sebab tak ada kawan. Dan syarikat yang nak ambil tu belum hantar jawapan rasmi (bertulis) untuk ambil mereka. Dia terpaksa tunggu. Kata-kata yang annoying aku dengar daripada dia masa dia mengadu di telefon: Company tu belum faks jawapan. Terpaksa tunggu. Menyusahkan betul. HELLO KAK. Orang tu ada banyak kerja. Kenapa awal-awal tak cari sendiri? Orang tu nak uruskan macam-macam. Hal syarikat, hal orang-orang syarikat, hal pelajar-pelajar minta buat praktikal. Macam-macam hal. Bersyukur sajalah orang tu nak ambil last minute macam ni. Sendiri tak nak settle awal-awal, lagi nak bising-bising.

Juga dia tak tahu buka lampu fluorescent yang bercahaya terang-benderang tu di siang hari menyumbang kepada kepanasan bilik. Bising cakap bilik panas tapi buka lampu sampai jam 12 tengahari. Bukan hujan pun yang buat bilik jadi gelap. Separuh tingkap tertutup dengan langsir, tapi dalam bilik buka lampu. Tak jadi masalah pun kalau selak langsir dan biar cahaya matahari masuk dan tutup lampu kecuali kalau bilik betul-betul gelap sebab hari nak hujan atau nak malam. Tapi matahari terik terang-benderang, masih nak berlampu. Lepas tu bising bilik rasa panas.

Kisah lain: Tak tahu naik bas ekspres. Apa kes ni kak? Bas ekspres sehala pun tak tahu. Bukan kena lompat-lompat bas. Naik, tidur (optional) dan turun. Pun asyik tertinggal atau tersalah bas. Lama-lama dia give up dan minta keluarga ambil. Beli tiket pun tak naik bas. Belum lagi naik bas ke tempat yang dia tak tahu, atau naik bas lompat, atau naik bas di KL yang ada macam-macam nombor untuk macam-macam destinasi dan route (aku pun tak reti). Tapi BAS EKSPRES kak. Naik dan turun saja. Tak ada destinasi lain.

Juga dia tak tahu Tangkak/Segamat di mana (aku lupa dia tanya yang mana satu). Aku tak kisah kalau orang Utara atau Pantai Timur atau Sabah/Sarawak tak tahu. Tak pelik pun. Tapi orang Negeri Sembilan yang berjiran dengan Melaka (yang berjiran dengan Tangkak) boleh tanya dekat tak Tangkak dan JB. Kak, peta ada banyak. Kat web pun boleh tengok dah alang-alang selalu mengadap komputer dan boleh buka Friendster hari-hari. Dulu kawan aku dapat masuk asrama di Serting, semua orang tak tahu Serting di mana, pakat ramai-ramai buka atlas dan cari satu persatu tempat bernama Serting (ya, akhirnya kami tahu Serting tu di Negeri Sembilan).

Tu belum lagi yang dapat praktikal di kawasan Melawati/Wangsa Maju dan bila aku tanya ada kawan di KL tak dan di mana, dan aku dapat jawapan: Ada, Damansara. Atau: Petaling Jaya. Shah Alam. Ah. Susah betul nak beritahu sampai faham kawasan tu jauh dari Setapak. Lanjutan: Tapi Selangor juga kan? Ah. Tertekan aku nak cakap, KL dan Selangor macam tak ada beza. KL di tengah-tengah, dikelilingi Selangor. Dan Selangor yang mereka cari tu dan Selangor yang kawan mereka duduk tu jauh. Lebih jauh daripada KL yang bukan Selangor tu. KL di tengah-tengah. Cubalah faham (tolonglah cari peta untuk fahamkan apa yang aku cakap). Aku tak kisah kamu orang kampung atau orang bandar. Tapi dah reti guna Internet, usaha lebih sikit untuk fahamkan hakikat KL di tengah-tengah, dikelilingi Selangor, tak boleh ke? Aku pun tak tahu jalan, aku rujuk peta-peta yang aku jumpa di Internet. Tapi aku tahu hakikat ‘ni satu hujung, yang tu hujung yang lagi satu’ (menandakan jauh) walaupun tempat tu duduk dalam negeri yang sama. Boleh sesiapa nafikan Singapura dan JB dekat walaupun lain negara (dan semestinya lain negeri), lebih dekat daripada JB dan KL (walaupun negara yang sama) dan JB dan Muar (walaupun negara dan negeri yang sama).

Ah. Banyak lagi yang dia tak tahu yang semuanya boleh ikut logik akal atau pengetahuan umum atau apa-apalah yang bawa maksud macam tu. Yang orang tak payah susah-susah buka kamus atau ensiklopedia tebal, tak payah belek-belek akhbar hari-hari. Macam tak percaya dia ambil jurusan kejuruteraan. Ijazah sarjana muda, OK?

Juga macam tak percaya kebergantungan (dependency) dia kepada orang lain. Senior yang extend pengajian tapi macam masih tak tahu selok-belok kolej sendiri.

Aku pun tak tahu semua, tapi tak sampai tahap kritikal macam dia. Aku pun baru belajar untuk survive sendiri lepas semua kawan-kawan dah tak ada di sini. Nak harapkan siapa? Buat sendiri sajalah. Temankan makan di kafe? Tak payahlah. Bukan tahun pertama duduk di sini nak harapkan berteman. Dan bukan duduk di luar kawasan kolej, takut dirompak atau apa-apa kalau berjalan ke kafe tak ada kawan. Dan aku dapat tempat untuk buat praktikal di kawasan rumah aku, tapi aku tak ada kawan. Pergi seorang. Abah dan Mama offer untuk hantar dan ambil kalau ada masa. Abah boleh hantar pagi-pagi. Balik sendiri naik bas. Atau adik aku ambil dengan motor. Aku asyik fikir untuk naik basikal saja. He he…

Tak kisahlah pasal aku. Aku cuma tak faham macam mana dia boleh hidup 24 tahun ni semuanya bergantung kepada orang. Nak kata anak tunggal yang manja, atau anak bongsu, dua-dua pun bukan. Dengar cerita adik-beradik ramai. Dan salah seorang tengah menumpang di bilik aku sebab dia suruh temankan, takut kalau-kalau aku balik awal dan dia kena tinggal seorang diri. Aku pernah cakap bilik depan ada orang. Dia jawab “tapi tak ada dalam bilik ni.”

Aku tak fahamlah. Sampai bila nak macam ni? Aku pun bergantung kepada orang lain, tapi mula-mula start dengan zero juga masa dicampak ke asrama, tak ada kawan. Buat kawan masa mula-mula datang. Berkawan dengan orang yang aku rasa selesa tak kira sama kelas atau tak. Dan selalu juga bersedia kalau-kalau kena start balik dari zero (terpisah daripada kawan-kawan atau sengaja memisahkan diri). Belum lagi mati atau sakit tenat sebab tak ada kawan yang sehidup semati atau berstatus kembar Siam (bukan sedarah dan tak melekat).

Dah mula melalut. Tak kisahlah. Isi utama aku: Biar betul dia ni lebih tua daripada aku. Kenapa banyak sangat yang dia tak tahu dan perlu bergantung kepada orang lain? Aku juga tak tahu macam-macam. Masih dalam proses mendewasakan diri. Belajar sikit-sikit. Dia? Aku tak nampak pun tanda-tanda tu.

Semoga kau belajar untuk berdikari lepas buat praktikal ni. Tak mati kalau tak tahu hal ehwal dunia dan politik semasa (aku pun tak minat nak ambil tahu) tapi pengetahuan am (yang umum macam tengok skrin komputer lama-lama tanpa rehat boleh rosakkan mata, atau yang agak tertutup macam hal tesis yang mesti dijilid sebelum dihantar ke fakulti) tolonglah ambil tahu ya kak? Aku tak minat ambil tahu perintang jenis apa guna untuk litar sekian-sekian sebab bukan bidang aku. Juga kau tak payah ambil tahu syntax untuk PHP, Java atau apa-apa yang aku belajar sebab bukan bidang kau. Tapi mata rosak, walaupun kita sama-sama tak ambil jurusan perubatan, takkan tu pun kau tak ambil tahu! Tak payah hafal pun proses perabunan mata atau pembentukan katarak untuk jaga mata.

Kawan aku pun tak berkenan dengan teman sebilik aku semester ni. Ha ha… Belum lagi tumpang duduk bilik aku satu sem macam selalu. Aku pun tak berkenan duduk di bilik sendiri. Rasa macam orang asing (tak pernah jadi macam ni sebelum ni).

Apa-apa pun kak, selamat survive hidup di muka bumi ni. Siapkan diri sebelum dapat kerja di KL atau JB sebelum diuji dengan macam-macam. Bergantung kepada orang tu tak salah, tapi kena belajar juga. Mungkin kahwin dan duduk rumah jaga anak tu option yang lebih mudah. Selamat maju jaya.

Advertisements


amme says:

bile nak update blog nih?



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: