serabut la ko











{April 17, 2009}   Aku Tak Faham

Aku rasa malas untuk buat kerja di pejabat. Lagipun dah masa makan tengahari. Dan hari Jumaat rehatnya panjang. Maka aku rajinkan diri menulis. Tulisan yang agak terlambat. Tapi aku tetap akan tulis.

Aku tak berminat ambil tahu hal ehwal politik. Umur dah makin bertambah, tapi aku lebih suka layan kartun. Macam budak-budak orang kata, tapi aku tak peduli. Politik di mana-mana selalunya dipenuhi orang-orang yang nak berkuasa tapi buat kerja semua tak nak. Yang betul-betul ikhlas, baguslah. Tapi macam susah sangat nak jumpa.

Tak kisahlah tu. Suka hatilah nak buat kerja macam mana. Jadi pemimpin kena tanggung dosa orang bawahan. Lagi berdosa kalau tak buat tanggungjawab yang orang bawahan amanatkan. Pandai-pandailah jawab sendiri nanti.

Satu yang aku tak berkenan. Kenapakan Encik Presiden yang dipilih itu (tak perlu sebut nama dan pangkat sebenar sebab ni bukan blog politik) seorang yang terlibat dengan macam-macam skandal peribadi dan skandal tahap tinggi dikaitkan dengan pembunuhan.

Bukan apa. Dari zaman sekolah aku pernah dengar skandal hubungan peribadi dengan artis. Dan aku tak ambil peduli walaupun artis tu aku minat. Besar sikit aku dengar pasal skandal melibatkan jumlah duit yang besar. Dan skandal kononnya terlibat dengan kes pembunuhan seorang warga asing, juga ada skandal peribadi. Cerita sebenar aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Sendiri buat pandai-pandailah jawab nanti.

Tapi mestikah pilih orang yang nama dikaitkan dengan skandal-skandal besar dipilih jadi Encik Presiden yang semestinya tugasnya memimpin dan mentadbir dengan adil, saksama, tulus dan macam-macam lagi. Skandal hubungan peribadi tu cerita dalam bilik, dalam kelambu, simpan sendiri. Masing-masing punya cerita. Skandal salah guna duit? Skandal pembunuhan? Benar atau tak, skandal tu tetap beri imej tak baik untuk seorang pemimpin.

Juga First Lady yang hebat juga cerita-cerita yang aku dengar. Terutamanya hal berkaitan duit. Macam cerita Along yang dipetik daripada kata-kata kawannya berkenaan First Lady yang berbelanja sakan membeli sesuatu, senang-senang keluar 20 ribu baru baru ni di kala ekonomi dunia tak berapa elok (Perlukah sebut matawang apa dia guna? Aku harap boleh cakap Rupiah atau Rupee atau Baht atau Yen, malangnya bukan), “Duit rakyat, memanglah tak rasa apa.”

Aku menulis bukan sebab nak sibukkan diri dengan politik. Aku tak minat. Tapi bila Encik Presiden dan First Lady yang dipilih adalah dari kalangan orang-orang dengan isu hangat, aku fikir, mestikah begitu? Terutamanya bila suara-suara penyokong cakap memang Encik Presiden itulah yang paling layak, orang lain semua tak layak. Apakah dunia dah sangat dekat dengan Kiamat. Dan perasaan aku juga dikuatkan lagi dengan orang-orang di sekeliling aku dan di sekeliling mereka yang turut tak percaya dan tak suka amanat besar diserahkan kepada orang besar yang ada skandal isu besar juga.

Aku rasa kalau disuruh pilih beberapa orang untuk jadi pemimpin tanpa perlu tunjukkan siapakah orangnya, kita ambil sampul surat dan letakkan gambar sillhouette macam dalam profil networking sites sebelum anda upload gambar untuk profil, cuma tuliskan apa pencapaian dan apa skandal-skandal berkaitan (untuk jadi adil mesti tunjuk pro dan con) dan minta orang pilih. Nota tambahan: Jangan guna sillhouette calon-calon tu sendiri sebab orang mungkin akan kenal dan pilih orang yang mereka kenal tu. Kemungkinan teramat besar orang takkan pilih Encik Presiden itu. Tak tahulah kalau boleh menang juga tapi kalau diberikan blind test macam tu orang mungkin akan buat pilihan yang lebih jujur sebab tak ada kepentingan (sebenarnya sebab tak tahu). Dan tak pelik kalau undian macam tu dimenangi oleh orang yang paling tak disangka-sangka. Bila tak ada puak-puak (dan puaka-puaka) dan semua orang dilayan sama rata, macam-macam boleh berlaku. Sebab hari-hari kita menilai orang tak kira secara sedar atau tak, dan selalunya kita suka kalau kita boleh dapat manfaat (benefit) secara langsung atau tak. Bila semuanya ditarik balik dan semua perlu mula daripada kosong, kita tak ada pilihan melainkan memilih yang nampak berpotensi untuk beri kita manfaat. Dan aku tak rasa skandal isu besar Encik Presiden beri good impression kalau orang tak tahu siapakah dia, apakah pangkat dan bidang kuasa dia dan berapa banyak duit dia ada (atau adakah itu duit rakyat sebenarnya?)

Menulis untuk kepuasan hati sendiri, perlukah ambil kisah apa orang nak kata? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tak perlu jadi haluan kiri untuk lihat benda macam ni. Jangan tuduh aku orang haluan kiri. Aku masih di jalan neutral. Aku masih tak ambil peduli hal politik. Tapi sebab ini dah melebihi rangkuman isu politik (kalau aku sangat tak ambil tahu aku akan gagal subjek sejarah sebab banyak hal politik dalam tu) maka aku menulis.

Dan oleh sebab ini bukan blog politik, sukacitanya dimaklumkan harap jangan ada sesiapa nak berdebat atau panjangkan hal ni sebab aku cuma menulis sesuka hati aku. Nak komen, silakan tapi berdebat, aku tak nak masuk campur.

Advertisements


{April 17, 2009}   Mimpi, Mimpi

Malam tadi aku bermimpi lagi. Kali ni tak seram macam sebelum ni. Cuma satu mimpi sedih.

Aku berada di rumah. Tapi bukan rumah yang aku duduki sekarang. Lain betul rumah tu. Besar. Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah.

Aku, Along dan Abang (adikku yang dah tiada). Kami di rumah. Aku tak tahu macam mana Abang boleh ada di rumah. Rasa macam mimpi yang real. Memang pun mimpi. Cuma mimpi tu buat aku rasa kehilangan dia sejak empat bulan lepas tu cuma mimpi. Dia balik ke rumah macam biasa. Borak-borak.

Kami tengok barang-barang di sekeliling rumah. Dia conteng macam-macam. Tulis dan lukis macam-macam. Dengan pen. Dengan pensel. Kami ketawa sama-sama sebab ada benda mengarut dan lucu. Dia juga ada tulis sesuatu dengan jari di kipas yang berhabuk.

Aku lupa apa yang terjadi lepas tu. Mungkin juga aku terbangun sekejap sebelum tidur semula. Tapi aku juga tak ingat hal itu.

Abah balik. Mungkin aku cakap yang bukan-bukan depan Abah. Yang aku tahu dia cakap adik aku dah lama tiada. Aku macam orang tak betul. Beriya-iya cakap adik aku ada lagi. Dalam hati rasa macam sedih. Aku tengok dia memang dah tak ada.

Rasa macam aku cuma bermimpi. Aku tengok barang-barang yang dia pegang. Tulisan yang dia buat semuanya masih ada. Habuk di kipas pun ada tulisan dia. Buat aku keliru. Cuma mimpi? Atau dia memang datang dan lepas tu hilang?

Tapi yang pastinya semua tu memang mimpi. Sekurang-kurangnya mimpi tu tak menakutkan.

Aku tak tahu kenapa aku mimpi macam tu. Mungkin terbawa-bawa dari cerita di TV. Aku tengok Keliwon, cerita Elly Mazlein jadi pontianak dan Zed Zaidi yang tak dapat terima Elly sudah mati. Nota off-topic: Walaupun aku tahu cerita Keliwon tu mengarut, cara hantu-hantu tu bekerja mengarut, dan cara orang-orang berilmu lawan hantu-hantu juga mengarut, aku tetap tengok cerita tu sekadar suka-suka. Orang berilmu tak lawan hantu terus dengan Ayatul Kursi sebab ayat tu panas dan orang guna sebagai last resort sebab ayat tu boleh ‘makan’ orang yang baca tu balik. Begitulah kata-kata kawan aku yang ada menuntut. Dan memang dia pernah demam sebab guna ayat tu masa keadaan agak mendesak.

Atau mungkin juga aku memang beremosi sejak kebelakangan ni. Dari semalam aku rasa aku asyik teringatkan lagu Situasi nyanyian Bunkface. Lagu yang aku suka, dan lagu sedih untuk satu episod sedih dalam hidup aku. Kisah lagu tu mungkin aku akan tulis nanti.

Juga lebih kurang sepuluh hari lagi hari jadi dia. Lepas tu hari jadi aku. Buat pertama kali aku rasa aku kehilangan yang teramat sangat. Walaupun sebelum ni aku tak ambil kisah.

Dan walaupun di pejabat ni cuma ada bunyi pendingin hawa dan bunyi aku menaip di papan kekunci (dan sekali sekala ada bunyi mesej di G-talk), aku tetap dapat dengar lagu Situasi bermain di telingaku.



{April 16, 2009}   Terima Kasih, Minta Maaf

Aku terima satu komen. Dia tanya “bile nak update blog nih?”

Aku terharu. Aku tulis blog sekadar suka-suka dan untuk lepas geram. Terima kasih sebab prihatin.

Aku minta maaf. Aku agak sibuk sepanjang semester ni. Jadi mangsa buli di pejabat yang ada tiga bos dan satu kuli (akulah orang malang tu).

Tapi aku tipu kalau aku cakap aku tak menulis sejak kebelangan ni sebab jadi mangsa buli. Aku tahu aku tak menulis lama sebelum masuk alam latihan industri ni. Masa tu aku sibuk dengan projek akhir tahun. Selepas tu aku pura-pura sibuk mengganti masa lepak yang hilang. Pura-pura.

Sebab utama aku tak menulis. Hmm… Aku rasa sebab aku tak ada kebebasan untuk tulis apa yang aku suka. Kongkongan sebab nak jaga hati dan perasaan orang. Aku tulis dengan nama anonymous. Orang yang baca blog aku tak kenal aku. Orang yang kenal aku tak baca blog aku. Tapi tetap ada yang rasa aku hebahkan cerita kepada orang-orang yang aku kenal. Tak kisahlah.

Pertengahan Disember aku mula latihan. Memang agak sibuk. Azam nak tulis semua aktiviti harian dalam blog. Tak kesampaian. Banyak rupanya kena belajar. Pening.

Dan sebab utama aku tak menulis ialah selepas kehilangan adik aku, aku tak mampu nak luahkan apa-apa kepada sesiapa. Mungkin cuma seorang yang betul-betul jadi tempat luahan. Dengar aku menangis. Sebenarnya aku ada tulis kisah kehilangan tu tapi cuma jadi draf. Juga ada mimpi yang menyusul lepas tu. Juga jadi draf.

Aku minta maaf. Seolah-olah aku tak ada perasaan untuk menulis sejak kebelakangan ni. Tapi komen yang aku terima tu buat aku rasa better. Ada orang yang ambil peduli. Terima kasih.



et cetera