serabut la ko











{April 17, 2009}   Aku Tak Faham

Aku rasa malas untuk buat kerja di pejabat. Lagipun dah masa makan tengahari. Dan hari Jumaat rehatnya panjang. Maka aku rajinkan diri menulis. Tulisan yang agak terlambat. Tapi aku tetap akan tulis.

Aku tak berminat ambil tahu hal ehwal politik. Umur dah makin bertambah, tapi aku lebih suka layan kartun. Macam budak-budak orang kata, tapi aku tak peduli. Politik di mana-mana selalunya dipenuhi orang-orang yang nak berkuasa tapi buat kerja semua tak nak. Yang betul-betul ikhlas, baguslah. Tapi macam susah sangat nak jumpa.

Tak kisahlah tu. Suka hatilah nak buat kerja macam mana. Jadi pemimpin kena tanggung dosa orang bawahan. Lagi berdosa kalau tak buat tanggungjawab yang orang bawahan amanatkan. Pandai-pandailah jawab sendiri nanti.

Satu yang aku tak berkenan. Kenapakan Encik Presiden yang dipilih itu (tak perlu sebut nama dan pangkat sebenar sebab ni bukan blog politik) seorang yang terlibat dengan macam-macam skandal peribadi dan skandal tahap tinggi dikaitkan dengan pembunuhan.

Bukan apa. Dari zaman sekolah aku pernah dengar skandal hubungan peribadi dengan artis. Dan aku tak ambil peduli walaupun artis tu aku minat. Besar sikit aku dengar pasal skandal melibatkan jumlah duit yang besar. Dan skandal kononnya terlibat dengan kes pembunuhan seorang warga asing, juga ada skandal peribadi. Cerita sebenar aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Sendiri buat pandai-pandailah jawab nanti.

Tapi mestikah pilih orang yang nama dikaitkan dengan skandal-skandal besar dipilih jadi Encik Presiden yang semestinya tugasnya memimpin dan mentadbir dengan adil, saksama, tulus dan macam-macam lagi. Skandal hubungan peribadi tu cerita dalam bilik, dalam kelambu, simpan sendiri. Masing-masing punya cerita. Skandal salah guna duit? Skandal pembunuhan? Benar atau tak, skandal tu tetap beri imej tak baik untuk seorang pemimpin.

Juga First Lady yang hebat juga cerita-cerita yang aku dengar. Terutamanya hal berkaitan duit. Macam cerita Along yang dipetik daripada kata-kata kawannya berkenaan First Lady yang berbelanja sakan membeli sesuatu, senang-senang keluar 20 ribu baru baru ni di kala ekonomi dunia tak berapa elok (Perlukah sebut matawang apa dia guna? Aku harap boleh cakap Rupiah atau Rupee atau Baht atau Yen, malangnya bukan), “Duit rakyat, memanglah tak rasa apa.”

Aku menulis bukan sebab nak sibukkan diri dengan politik. Aku tak minat. Tapi bila Encik Presiden dan First Lady yang dipilih adalah dari kalangan orang-orang dengan isu hangat, aku fikir, mestikah begitu? Terutamanya bila suara-suara penyokong cakap memang Encik Presiden itulah yang paling layak, orang lain semua tak layak. Apakah dunia dah sangat dekat dengan Kiamat. Dan perasaan aku juga dikuatkan lagi dengan orang-orang di sekeliling aku dan di sekeliling mereka yang turut tak percaya dan tak suka amanat besar diserahkan kepada orang besar yang ada skandal isu besar juga.

Aku rasa kalau disuruh pilih beberapa orang untuk jadi pemimpin tanpa perlu tunjukkan siapakah orangnya, kita ambil sampul surat dan letakkan gambar sillhouette macam dalam profil networking sites sebelum anda upload gambar untuk profil, cuma tuliskan apa pencapaian dan apa skandal-skandal berkaitan (untuk jadi adil mesti tunjuk pro dan con) dan minta orang pilih. Nota tambahan: Jangan guna sillhouette calon-calon tu sendiri sebab orang mungkin akan kenal dan pilih orang yang mereka kenal tu. Kemungkinan teramat besar orang takkan pilih Encik Presiden itu. Tak tahulah kalau boleh menang juga tapi kalau diberikan blind test macam tu orang mungkin akan buat pilihan yang lebih jujur sebab tak ada kepentingan (sebenarnya sebab tak tahu). Dan tak pelik kalau undian macam tu dimenangi oleh orang yang paling tak disangka-sangka. Bila tak ada puak-puak (dan puaka-puaka) dan semua orang dilayan sama rata, macam-macam boleh berlaku. Sebab hari-hari kita menilai orang tak kira secara sedar atau tak, dan selalunya kita suka kalau kita boleh dapat manfaat (benefit) secara langsung atau tak. Bila semuanya ditarik balik dan semua perlu mula daripada kosong, kita tak ada pilihan melainkan memilih yang nampak berpotensi untuk beri kita manfaat. Dan aku tak rasa skandal isu besar Encik Presiden beri good impression kalau orang tak tahu siapakah dia, apakah pangkat dan bidang kuasa dia dan berapa banyak duit dia ada (atau adakah itu duit rakyat sebenarnya?)

Menulis untuk kepuasan hati sendiri, perlukah ambil kisah apa orang nak kata? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tak perlu jadi haluan kiri untuk lihat benda macam ni. Jangan tuduh aku orang haluan kiri. Aku masih di jalan neutral. Aku masih tak ambil peduli hal politik. Tapi sebab ini dah melebihi rangkuman isu politik (kalau aku sangat tak ambil tahu aku akan gagal subjek sejarah sebab banyak hal politik dalam tu) maka aku menulis.

Dan oleh sebab ini bukan blog politik, sukacitanya dimaklumkan harap jangan ada sesiapa nak berdebat atau panjangkan hal ni sebab aku cuma menulis sesuka hati aku. Nak komen, silakan tapi berdebat, aku tak nak masuk campur.

Advertisements


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: