serabut la ko











{April 17, 2009}   Mimpi, Mimpi

Malam tadi aku bermimpi lagi. Kali ni tak seram macam sebelum ni. Cuma satu mimpi sedih.

Aku berada di rumah. Tapi bukan rumah yang aku duduki sekarang. Lain betul rumah tu. Besar. Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah.

Aku, Along dan Abang (adikku yang dah tiada). Kami di rumah. Aku tak tahu macam mana Abang boleh ada di rumah. Rasa macam mimpi yang real. Memang pun mimpi. Cuma mimpi tu buat aku rasa kehilangan dia sejak empat bulan lepas tu cuma mimpi. Dia balik ke rumah macam biasa. Borak-borak.

Kami tengok barang-barang di sekeliling rumah. Dia conteng macam-macam. Tulis dan lukis macam-macam. Dengan pen. Dengan pensel. Kami ketawa sama-sama sebab ada benda mengarut dan lucu. Dia juga ada tulis sesuatu dengan jari di kipas yang berhabuk.

Aku lupa apa yang terjadi lepas tu. Mungkin juga aku terbangun sekejap sebelum tidur semula. Tapi aku juga tak ingat hal itu.

Abah balik. Mungkin aku cakap yang bukan-bukan depan Abah. Yang aku tahu dia cakap adik aku dah lama tiada. Aku macam orang tak betul. Beriya-iya cakap adik aku ada lagi. Dalam hati rasa macam sedih. Aku tengok dia memang dah tak ada.

Rasa macam aku cuma bermimpi. Aku tengok barang-barang yang dia pegang. Tulisan yang dia buat semuanya masih ada. Habuk di kipas pun ada tulisan dia. Buat aku keliru. Cuma mimpi? Atau dia memang datang dan lepas tu hilang?

Tapi yang pastinya semua tu memang mimpi. Sekurang-kurangnya mimpi tu tak menakutkan.

Aku tak tahu kenapa aku mimpi macam tu. Mungkin terbawa-bawa dari cerita di TV. Aku tengok Keliwon, cerita Elly Mazlein jadi pontianak dan Zed Zaidi yang tak dapat terima Elly sudah mati. Nota off-topic: Walaupun aku tahu cerita Keliwon tu mengarut, cara hantu-hantu tu bekerja mengarut, dan cara orang-orang berilmu lawan hantu-hantu juga mengarut, aku tetap tengok cerita tu sekadar suka-suka. Orang berilmu tak lawan hantu terus dengan Ayatul Kursi sebab ayat tu panas dan orang guna sebagai last resort sebab ayat tu boleh ‘makan’ orang yang baca tu balik. Begitulah kata-kata kawan aku yang ada menuntut. Dan memang dia pernah demam sebab guna ayat tu masa keadaan agak mendesak.

Atau mungkin juga aku memang beremosi sejak kebelakangan ni. Dari semalam aku rasa aku asyik teringatkan lagu Situasi nyanyian Bunkface. Lagu yang aku suka, dan lagu sedih untuk satu episod sedih dalam hidup aku. Kisah lagu tu mungkin aku akan tulis nanti.

Juga lebih kurang sepuluh hari lagi hari jadi dia. Lepas tu hari jadi aku. Buat pertama kali aku rasa aku kehilangan yang teramat sangat. Walaupun sebelum ni aku tak ambil kisah.

Dan walaupun di pejabat ni cuma ada bunyi pendingin hawa dan bunyi aku menaip di papan kekunci (dan sekali sekala ada bunyi mesej di G-talk), aku tetap dapat dengar lagu Situasi bermain di telingaku.

Advertisements


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: