serabut la ko











{Mei 14, 2009}   Saat Terakhir

Aku sedang dengar lagu ST12, Saat Terakhir. Lagu sedih yang aku mula-mula dengar tak lama lepas adik aku pergi. Lagu yang aku tak pernah dengar dari awal sampai akhir, cuma dengar sikit-sikit. Terima kasih kepada sepupu aku yang letak lagu ni dalam Myspace dia.

Aku muat turun lagu Saat Terakhir. Pasang lagu. Hati sebak walaupun lagu cuma lalu di telinga sambil aku menaip. Aku masih tak dengar lagu tu betul-betul. Macam tak sanggup. Beberapa baris ayat yang aku dapat tangkap dah buat aku rasa sedih.

Telefon berbunyi lagi. Sebelum Bos aku terpaksa layan lagu mengarut caller ringtone (korus PuSPa oleh ST12) sampai habis buat kali kedua, aku cepat-cepat jawab. Bos minta aku tukar sesuatu di laman web (atau bak kata orang-orang Gua.com.my laman sesawang – skema!) sebab klien banyak bunyi. Awal-awal tak nak cakap.

Air mata kering sekejap sambil aku cakap dengan Bos dalam nada setengah ceria (sebab cover sedih), dan lepas panggilan berakhir aku sambung menaip di komputer.

Lagu yang sama bermain berulang-ulang. Aku masih tak dengar betul-betul. Tak perlu. Sebab aku dah menangis. Tak deras. Tapi cukup untuk buat hati aku banjir dan aku lemas. Dada rasa berat dan sempit. Hampir tercungap-cungap untuk bernafas.

Lagu yang kesannya sama kuat macam lagu Situasi oleh Bunkface. Cuma lagu ni aku tak hafal untuk biarkan terus bermain dalam minda aku, sambil aku menangis tiap-tiap kali lagu tu tiba-tiba bermain entah dari mana. Lagu Situasi yang tetap berhantu dan menghantui aku. Lagu instrumen Situasi cukup untuk buat aku menangis. Mungkin sebab aku hafal lagu Situasi sebelum Abang pergi. Dan mungkin juga sebab aku suka kacau dia dengar lagu Situasi, aku mencelah menyanyi off-key. Satu kenangan.

Lagu Saat Terakhir tak ada kenangan macam tu. Tapi tetap lagu yang terkesan dalam hati aku dan buat aku teringat dia yang berbaring di ruang tamu rumah.

Lagu terus bermain. Air mata yang bertakung, tertahan sejak tadi dah menitis. Unbearable. Lalu aku hentikan lagu. Aku nak tengok TV.

Saat Terakhir. Tak tahu bila aku mampu dengar setiap patah kata dalam lagu tu. Yang pastinya aku akan tetap menangis walaupun tak dengar semua.

Advertisements


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

et cetera
%d bloggers like this: