serabut la ko











{Jun 26, 2009}   Makin Mengarut

Aku tengok Keliwon tadi. Cerita malam ni pasal Puteri Lidah Hitam. Tiga orang cari harta karun dalam gua. Tok Bomoh beri mentera untuk tepis kuasa Puteri. Kali pertama datang almost disumpah jadi batu. Kali kedua seorang almost dapat harta karun dan dua lagi yang tak sabar dibawa ke alam Si Puteri. Yang selamat tu dapat harta dgn syarat kena temankan Puteri tiap-tiap Jumaat Keliwon. Dia lupa. Dan dibawa oleh Puteri ke gua, dengan niat menculik mengajar sebab dah mungkir janji. Dan Tok Bomoh datang tuntut balik anak-anak buah yang dilarikan oleh Puteri. Dan… ALLAHU AKBAR. Maka Puteri pun macam terbakar lalu hilang.

First sekali aku nak cakap cerita ni merepek. Dan semakin lama semakin merepek. Satu: Penulis tak kaji betul-betul cerita-cerita seram yang ditampilkan. Cerita macam hantu penanggal tapi bukan hantu penanggal. Cerita pontianak tapi bukan pontianak. Entahlah apa motif sebenar. Takut menyinggung perasaan hantu-hantu? Atau takut hantu-hantu claim royalti? Dua: ALLAHU AKBAR. Tok Bomoh oii… Tok bomoh kan amalkan jampi serapah dan mentera-mentera. Tok Bomoh ingat Tuhan lagi? ALLAHU AKBAR. Tok Bomoh janganlah main-mainkan kalimah tu masa terdesak je. Tiga: Banyak portray dalam cerita Keliwon tu orang alim, Pak Imam, Tok Bomoh, orang yang lawan hantu pakai kalimah-kalimah suci. Betullah cara tu guna untuk lawan makhluk halus. Tapi lemah betul hantu sampai sekali dua sebut dah terbakar/hilang/melolong sakit. Dan kenapa lepas berjampi serapah dengan kemenyan segala, tak nampak macam ikut cara Islam, tapi bila finale tu lawan mesti ALLAHU AKBAR dan sedikit ayat-ayat Quran dan/atau ayat Kursi (Tok Bomoh). Mana jampi serapah dan mentera yang Tok Bomoh amalkan sebelum ni?

Kenapa aku tengok Keliwon walaupun aku beri komen negatif? Satu: Bila aku tak perlu kerja Khamis malam Jumaat, atau hari-hari lain, aku tengok TV. Dan Keliwon ada lepas habis berita dan 999, maka aku tengok. Aku tak tahu nak tengok apa lagi. Dua: Aku suka cerita-cerita mistik. Dan aku juga dikenali sebagai Minah Gothic. Gothickah aku? Aku tak tahu. Tapi orang-orang rasa begitu. Dan orang-orang predict majlis kahwin aku warna temanya adalah hitam-putih-merah dan ada elemen-elemen gothic. Sampai ada yang berangan aku kahwin style klip video Helena nyanyian My Chemical Romance. Ya, aku suka style Lolita. Tu cerita lain. Berbalik ke Keliwon. Ya, aku suka cerita mistik. Cerita pelik-pelik. Mistik orang putih lagi aku suka. Terutamanya cerita-cerita vampire (maaf, aku rasa pontianak tu sesuai dengan cerita Melayu atau Cina saja, dan aku juga suka cerita pontianak cina). Aku juga akan tengok filem-filem hantu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain kalau diajak (bergantung kepada mood dan kelapangan). Tiga: Aku suka komen cerita-cerita. Cerita-cerita TV realiti memang aku tahu ramai yang suka komen. Tapi aku suka komen cerita-cerita Melayu. Drama-drama atau filem-filem. Dan orang yang ajak aku tengok cerita Melayu di panggung wayang akan fed-up dengan aku sebab aku banyak komen. Yang seronok komen bila cerita-cerita masuk bab ridiculous. Macam yang aku ceritakan pasal Keliwon ni.

Cukuplah aku tulis tiga perenggan saja kali ni. Dan tiga point kenapa aku rasa Keliwon mengarut serta tiga point kenapa aku tengok Keliwon walaupun aku cakap cerita tu mengarut. Perenggan ni tak dikira. Oh, ya. Merujuk kepada perenggan dua perkara satu. Tiada statement yang biasa dilihat dalam cerita-cerita yang bunyinya lebih kurang begini: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Atau aku yang tak perasan?

Advertisements


et cetera